Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Friday, January 15, 2010

Sua Mesra Keluarga Hjh Wan Zainab 2009 di Melaka PD (part 1)

'Sua Mesra Keluarga Hjh Wan Zainab' adalah agendanya, bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan disamping melancong ke tempat yg menarik. Program yg bertemakan kekeluargaan ini telah memilih Negeri Melaka dan juga pantai peranginan Port Dickson Negeri Sembilan sebagai lokasi pilihan kali ini.
Seramai 17 orang peserta termasuk kanak-kanak telah dapat disatukan untuk menjayakan program ini. Walaupun semuanya adalah keluarga tetapi jika tanpa 110 peratus komitmen, kesabaran, pengorbanan masa dan wang ringgit daripada semua ahli keluarga maka ianya adalah sukar untuk dijayakan.Jadi, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga besar Hjh Wan Zainab.

  • Hj Raja Mohd Noor dan Hjh Wan Zainab
  • Zulkifli dan Hazira sekeluarga
  • Hafiz dan Liza sekeluarga
  • Aswad dan Mariam sekeluarga
  • Ridzuan dan Wan Hafiza sekeluarga
  • Arafat,Nani dan Fatin
Untuk episod 1 nie aku nak cerita sikit bab xtvt kat Melaka dulu..
Negeri kecil yang diberi gelaran Bandaraya Bersejarah ini bagi aku boleh juga digelar sebagi negeri Muzium kerana setahu aku inilah negeri yg paling banyak muzium..Kalau tanggapan aku salah maaflah yea!
Macam2 muzium ada..Muzium Samudera,Muzium Umno,Muzium Kecantikan,Muzium Sastera,Muzium Rakyat,Muzium Islam Melaka dan pendek kata banyak la lagi....
Selain muziumnya, bangunan-bangunan serta tempat-tempat peninggalan penjajah yg banyak disekitar melaka dan juga tapak2 sejarah telah membuktikan yg negeri Melaka nie memang wajar digelar negeri bersejarah.

Selain itu,ada juga tempat2 baru yg diwujudkan utk menambahkan lagi tempat tumpuan pelancong seperti River Cruisser, Zoo Melaka,Eye of World,Taman Buaya,Menara Taming Sari dan banyak lagi..Dan untuk memudahkan pergerakkan anda dan mengelak daripada disaman ketika meletak kenderaan,Kupon RM5.00 boleh dibeli dikaunter2 terpilih dan kupon tersebut sah selama sehari untuk seluruh negeri Melaka.

Overall ok,cuma agak ralat tentang jalan sesak teruk,nak keluar dari bandar ke highway pun sesak gilerrr..Mungkin waktu cuti sekolah saja kot!




Menara Taming Sari..Tiket Rm20.0 dewasa dan kanak-kanak Rm 10.0,jika ada mykad separuh harga.

Menara Taming Sari

Di belakang tabir...


Bersiar-siar diBandar Hilir


Serikandi2 yg banyak memainkan peranan dalam menjayakan program ini..
Terima kasih bebanyak yea!!!





Hjh wan Zainab dan Hj Raja Mohd Noor..Penaung program



Bandar Melaka



Hero Malaya dari zaman pertengahan!

Nantikan episod yg seterusnya dalam siri pengembaraan Jeejoun sekeluarga ke Port Dickson pula....................Tungguuu!


sekian

Jeejoun@yahoo.com


2 comments: