Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Monday, January 25, 2010

Ladang Teh Boh,Sg.Palas C.Highlands


Lokasi nie aku kira agak menarik juga utk dilawati. Jika kau orang nak tahu macam mana teh BOH dihasilkan dari bermulanya daun teh dipetik dari ladang hinggalah teh tadi di bungkus utk dipasarkan,inilah tempatnya.Selain melawat kawasan kilang dan ladang teh,anda juga boleh membasahkan tekak anda dengan hidangan teh panas beraroma sambil disajikan pemandangan menghijau ladang teh ditiup angin sejuk tanah tinggi.Bestkan!!

Utk kesana mungkin ada sedikit masalah terutama pada musim cuti persekolahan memandangkan jalan utk kesana agak kecil dan berselekoh.Masalahnya apabila kenderaan berselisih diantara satu sama lain,ditambah pula jika pemandu tersebut tidak mahu bertolak ansur.Jika pemandu yg biasa melalui jln tersebut tidak ada masalah kerana mereka akan membunyikan hon dan tahu mana tempat yg sesuai untuk kenderaan berselisih.Apapun selalulah bunyikan hon kereta anda,tak rugi air bateri pun!

Jika anda ingin kesana ada papan tanda masuk ke Ladang Teh BOH atau ke Gunung Berincahang. Jika kita dari pekan Berinchang selepas Hotel Equatorial lebih kurang 500m simpang sebelah kiri.









Selamat bercuti..

jeejoun@yahoo.com


No comments:

Post a Comment