Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Monday, October 15, 2012

Misi Bersih Puncak Gunung Tebu di Sinar Harian (Edisi Kelantan)

 Tahniah kpd semua peserta yg menyertai xtvt ini!!
 Bukan nama,wang dan glamour yg kita cari tetapi kepuasan dan pengorbanan yg anda curahkan itu adalah sesuatu yang tidak ternilai! 


Misi bersih puncak Gunung Tebu
Peserta bergambar bersama pemandangan indah yang dapat disaksikan dari puncak Gunung Tebu

KOTA BHARU – Seramai 18 belia dari Kota Bharu mengambil bahagian dalam ekspedisi mendaki puncak Gunung Tebu 2012 di Jerteh, Terengganu, baru-baru ini.
Ketua ekspedisi, Muhamad Safuan Azhar berkata, program dianjurkan dengan misi untuk membersihkan kawasan riadah itu selain bertujuan menerapkan nilai menghargai dan cinta akan alam semula jadi dalam diri para belia.

Katanya, peserta yang menyertai ekspedisi selama tiga hari itu terdiri daripada golongan profesional daripada perkhidmatan awam dan swasta dari seluruh negeri ini.
“Paling menarik ialah penyertaan dua kanak-kanak lelaki yang berusia lima dan lapan tahun,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, peserta bertolak sehari sebelum aktiviti pendakian dijalankan dan bermalam di kaki gunung bagi mendapatkan tahap fizikal yang cergas untuk pendakian gunung setinggi 1,039 meter.

“Setibanya di puncak selepas sembilan jam tempoh mendaki, peserta dapat menikmati pemandangan bandar Besut dan keindahan Pulau Perhentian selain turut kelihatan air sungai yang jernih.

“Keesokannya, peserta sekali lagi mendapat pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila melihat fenomena matahari terbit dalam suasana dingin di puncak gunung itu,” katanya.


 

2 comments:

  1. peserta pun apa kurangnya..tanpa kerjasama semua mana mungkin misi berjaya

    ReplyDelete