Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Monday, February 22, 2010

Misi Berjaya...

Alhamdulillah .....
Setelah seminggu berhempas-pulas dengan segala kudrat yg ada serta semangat kerjasama diantara peserta akhirnya berbalas apabila ekspedisi Gunung Tahan 2010 yang dianjurkan berjaya mencapai sasaran.
Tarikh 13 hingga 19 Februari 2010 menjadi saksi kegigihan 12 orang anak muda yang diketuai oleh Frost dari KP Hiker. Bermula dari Taman Negara Sungai Relau, Merapoh dan berakhir di Taman Negara Kuala Tahan.Trip-trip sebegini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dari segi kekuatan mental dan fizikal. Latihan yang cukup sangat diperlukan bagi memastikan trip yang lama sebegini berjalan dengan lancar dan setidak-tidaknya dapat meminimumkan kecederaan pendaki sekiranya berlaku.

Untuk kali ni aku nak cerita bab pakaian dulu, next artikel baru aku karang catatan perjalanan sepanjang aku berada di Taman Negara tersebut.Tunggu ada ideal....!!
Diingatkan bahawa geografi gunung di Malaysia atau hutan hujan tropika adalah berbeza dengan gunung yang terdapat di sebelah barat atau selain hutan hujan tropika. Ini kerana, pemakaian kasut boot kadang-kadang tidak sesuai untuk trip seperti ini. Para pendaki terpaksa melintas sungai yang banyak, berjalan di permukaan tanah berselut dan berakar serta merangkak adalah antara cabaran yang dihadapi oleh para pendaki gunung-gunung Malaysia.Jadi kasut getah agak sesuai dengan faktor-faktor tadi dan harganya pun agak murah,jika anda masih juga ingin memakai kasut boot seboleh-bolehnya bawalah kasut spare untuk kes kecemasan .Kalau kauorang tak caya cuba tengok gambar dibawah..



Kasut Camel Active-Outdoor Tracker ini aku baru saja beli kat Pertama Kompleks utk persiapan mendaki Gunung Tahan memandangkan kasut Hi-Tec aku dah agak usang.Walaupun baru beli dek pukulan trek Gunung Tahan yg memang trail terus barai!! Jawabnya tiap-tiap hari la kena ikat depan kasut tu supaya boleh bertahan hingga ke Kuala Tahan.Aku tengok member-member lain yg pakai kasut getah ok saja...

Selain itu anda juga tidak memerlukan pakaian trekking yang banyak dan hanya memerlukan set yang sama ketika trekking. Ini kerana anda akan sentiasa berpeluh dan basah kerana hujan atau kelembapan di mana anda perlu membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Ingat! Pakaian yang baik ketika itu adalah pakaian yang mudah kering, boleh nafas dan ringan.

Jadi ini sajalah maklumat untuk dikongsi dengan kau orang semua utk kali, lepas ni kalau ada ideal baik punya kita jumpa lagi....


Sekian,
jeejoun@yahoo.com

No comments:

Post a Comment