Bertempat di pekan Raub berdekatan dengan selekoh Balai Polis Raub,jelas terpampang papan tanda Restoran Ratha Kari Ayam Raub & Kepala Ikan .Lokasi yg strategik dan mustahil anda tidak menjumpainya kerana laluan tersebut merupakan jalan utama KL-Raub.
Berdasarkan kepada gambar2 yg terdapat didalam restoran tersebut,ramai vvip termasuk golongan kerabat di raja yg pernah mengunjungi dan merasai masakan kari kepala ikan di restoran tersebut.
Berdasarkan kepada pemerhatian aku di restoran itu,ramai pengunjung majmuk yakni melayu,cina dan india yg turut sama makan disitu.Jadi kebarangkalian masakan di restoran tersebut sedap, memang ada kebenarannya.
Menu pilihan aku adalah kari kepala ikan,daging kambing goreng,sayur,ayam goreng dan nasi putih....sekali minuman ongkosnya Rm 60.++ untuk satu famili.
Aku dimaklumkan oleh satu sumber yg boleh dipercayai yg ada seorang hamba Allah nun dari pantai timur sanggup datang ke situ semata-mata untuk merasai masakan di restoran tersebut, kemudian pulang kembali ke negeri beliau.Begitulah hebatnya pukulan keenakkan masakan di restoran tersebut.
memang sedap amat... mujurlah saya tinggal di Raub. Datanglah lagi ye :-)
ReplyDeleteinsyallah,jika lalu mesti singgah...terima kasih
ReplyDelete