Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Friday, October 16, 2009

Perlis Darul Sunnah

Ladang Tebu Chuping


Apabila melancong ke sesuatu tempat yg jarang kita lawati pasti akan ada persoalan yg bermain dibenak fikiran kita terutama bagi orang yang amat teliti atau lebih senang dipanggil cerewet! Ya lah..Bila dah melancong ke sesuatu tempat yg baru, pasti kita akan tercari sesuatu yg istimewa atau special dikawasan tersebut. Contohnya dari segi makanan yg famous kat situ,bahan kenangan yg boleh dibawa pulang,tempat yg unik atau pun menarik untuk dipotretkan sebagai kenangan dan lain-lain lagi.


Disebabkan itulah laman blog Jeejountravel ini diwujudkan supaya ianya boleh dijadikan panduan memandangkan aku ngan famili memang minat berjalan-jalan @ melancong walaupun cuma dalam negara saja.Maklumlah bajet tak banyak…

Diharap dengan adanya laman blog ini sedikit sebanyak akan memberi anda informasi dan gambaran sebelum anda menuju ke lokasi atau tempat tersebut,jauh sekali difikiran ini mengatakan yg aku nak menunjuk-nunjuk.Ini kerana aku pun seperti anda semua ….


Kali ni aku nak cerita pasal kawasan utara pulak,maklumlah kawasan aku dibesarkan.
Negeri Perlis adalah antara negeri yg terkecil dan terletak nun di hujung semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Negara Thailand manakala di sebelah selatan Perlis pula berjiran dengan Negeri Kedah. Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 810km persegi dengan jumlah penduduk 217,480 orang. Ibu negeri Perlis ialah bandar Kangar, manakala Arau merupakan bandar Di Raja yang terletak 10 km dari bandar Kangar. Adalah tidak keterlaluan jika aku mengatakan dengan anda mengunjunginya selama 2 hari 1 malam, segala destinasi menarik disekitar negeri tersebut telah pun anda kunjungi…


Pasar Hari Ahad,Wang Kelian.



Bersempena dengan cuti raya Aidilfitri baru2 nie ,aku mengambil peluang tersebut dengan mengunjungi destinasi2 yg aku rasakan wajib dikunjungi ketika anda berada negeri tersebut. Bermula dengan hidangan makan tengahari di ‘Warung Pokok Sawa’ yg menyajikan hidangan masakan kampung seperti ulam-ulaman,ikan-ikan darat dibakar dan digoreng(ikan keli,puyu,temenung..hehe)Dan pelbagai lagi hidangan yg pasti membuatkan selera anda terbuka,harganya pun agak berpatutan.Warung ini terletak berdekatan dengan pekan Mata Ayer dengan dikelilingi pokok sawa yg menyejukkan mata memandang.Di kawasan utara pokok ciku dikenali sebagai pokok sawa.





Perjalanan diteruskan lagi ke Wang Kelian,sebuah pekan kecil di pintu sempadan antara Malaysia dan Thailand.Pekan ini akan menjadi sibuk dan meriah pada setiap hari ahad kerana terdapatnya pekan sehari di kedua-dua negara dan pintu sempadan akan dibuka tanpa perlu kita mengemukakan pasport untuk mengunjungi ke Thailand dan begitu juga rakyat dari sana.Pelbagai jenis barangan boleh kita perolehi disana antaranya barangan2 dapur,kain baju,buah-buahan dll.Bagi aku yg bestnya pulut ayam yg digoreng panas2,selain itu jika anda ingin membeli barangan disitu anda digalakkan supaya menawar..Jika kena dengan harganya,okla..Kalau tawar tak beli pun tak apa,bukan macam Petaling Street!
Tapi ingat ya,hari ahad saja tau!Jika anda anda datang pada hari sebaliknya,anda disarankan mengunjungi pekan Pekan Padang Besar.Terdapat kompleks membeli-belah kat sana yg banyak menjual barangan terutama pakaian..Kalau yg minat baju jersi/sukan inilah tempatnya.Yg penting harganya mesti ditawar.



Sebelah malamnya pula,anda boleh menjamu selera dengan ikan bakar Kuala Perlis.Kedengaran ombak menghempas pantai dan tiupan angin dari laut Selat Melaka sudah cukup untuk menggambarkan yang destinasi makan malam ini amat menarik sekali.Terletak dihadapan Hotel Berasmana Kuala Perlis,kelihatan deretan medan ikan bakar yg boleh anda pilih.Dalam bab harga aku tak jamin,ada yg cakap mahal ada yg cakap murah…Kalau nak try tak ada masalahkan?Selain itu,terdapat satu lagi kawasan medan selera ikan bakar yg sering aku kunjungi iaitu berdekatan dengan stesen minyak Shell Kuala Perlis,aku dimaklumkan kat sini murah sikit cuma bezanya tak ada pemandangan laut.
Terdapat lagi destinasi –destinasi menarik yg boleh anda kunjungi ketika berada di Perlis antaranya:-
Gua Kelam,Tasik Melati,Sungai Batu Pahat,Taman Ular Batu Pahat,Lata Bukit Air,Bukit Jernih,Ladang Tebu Chuping,Gua Wang Burma,Bukit Lagi,Kawasan Rekreasi Pokok Assam dan sekitar bandar Kangar.



Pelbagai jenis hidangan laut segar yg sedia menanti pengunjung..


Sebarang maklumbalas sila email ke...







No comments:

Post a Comment