Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Thursday, January 1, 2009

Melawat Sahabat Baikku 'Azrin Saad'



15 hari sebelum kejadian,ketika menghadiri majlis reunion di Cameron Highlands


































Ahli keluarga beliau.....













Keadaan beliau sekarang..



Kedatangan aku dan keluarga ke Penang kali ini ditemani oleh rakanku Birch dan keluarganya hanya dengan satu tujuan iaitu melawat sahabat baikku Azrin atau lebih dikenali dengan panggilan Bohjan
(nama panggilan saja) .
Azrin telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada 15/11/08 akibat daripada kemalangan ditempat kerja beliau.Akibat dari kejadian tersebut beliau telah melecur 40% anggota badan dan tepaksa menjalani pembedahan plastik di bahagian2 tertentu.
Sehingga kini(1/1/2008) beliau masih lagi diletakkan di wad ICU walaupun beliau pernah ditempatkan di wad biasa selama beberapa hari tetapi disebabkan masalah kesihatan yg lain beliau ditempatkan semula di wad HDA(separa ICU) dan sekarang kembali ke ICU...................
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul apabaila melihat tubuh rakan ku di katil hospital dengan kesan melecur dibahagian muka masih lagi kelihatan walaupun ianya tidak seteruk mula2 dahulu ketika aku melawatnya buat pertama kali..walaupun ada sedikit perubahan tetapi perasaan pilu jelas menguasai diri ini bila mana hanya matanya sahaja yg boleh berinteraksi dengan aku........Terasa baru sahaja berbual dengan beliau 2 bulan lepas ketika 'Reunion' Di Cameron Highlands baru2 ini.
Dengan 2 anak kecil yang comel serta isteri yang begitu tabah mengharungi dugaan dan ujian daripada Allah s.w.t,perasaan aku terasa bercampur sedih dan pilu kerana andaikata kejadian tersebut menimpa aku........Ya Allah.
Berbekalkan sedikit sumbangan daripada rakan2 lama yang aku kumpulkan insyaallah diharap ianya dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh isterinya.Kepada rakan2ku yang telah menderma kepada Azrin ,Ida(isteri Azrin) mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya..............Alhamdulillah sebanyak RM 400.00 telah berjaya dikumpul dan ada juga sahabat kita yang membuat majlis doa selamat dan bacaan yassin.
Aku ada mengambil gambar sahabat kita dengan izin isteri beliau untuk sama2 kita menilai sendiri keperitan yang dihadapi oleh beliau.Walaupun aku ada mengambil gambar beliau tetapi perasaan berbelah bahagi sama ada nak tunjuk atau tak kepada umum kerana takut mengguris perasaan ,tetapi setelah aku menghubungi isteri beliau dan memaklumkan hasrat aku memandangkan ramai rakan2 yang menghubungi aku utk mengetahui perkembangan Bohjan,beliau mengizinkan aku berbuat demikian...
Dan jika kawan2 yg lain merasakan tindakan aku mempamerkan gambar ini merupakan tindakan keterlaluan aku memohon ampun dan maaf.....
Kepada rakan2 yang mempunyai masa kelapangan atau berada berhampiran Penang sama ada bercuti atau berurusan kerja....
Aku mengesyorkan supaya "melawatlah" rakan kita yang sorang ni...!!









5 comments:

  1. Salam Alien,

    igt lagi tak aku? fizza - SEI 98. Sorry tak dpt join reunion, got training time tu lagipun hubby couldn't join. Anyway, jgn serik tau, buat lagi next year tp dekat2 sket lah. hehe.

    semoga bohjan cepat sembuh, insyaAllah

    ReplyDelete
  2. salam...kita sama2 byk kn bdoa semoga sihat kembali

    ReplyDelete
  3. Hai Fiza lama tak dengaq berita!!Mana aku boleh lupa kawan lama.Takpa hang try la pujuk hang punya abang...nanti lembutla hati dia!!Kitaorang sporting punya.2 tahun lagi kita try buat lagi mungkin area pd @ pulau,tgk atas undian majoriti.hehe

    ReplyDelete
  4. sekarang kak ida ada mne???

    ReplyDelete